來源: 網友提供 貢獻: Nettv 收錄:2020-08-23

Berita RTM

Berita RTM ialah rangkaian televisyen percuma Malaysia yang dimiliki dan dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).Menggunakan slogan 'Yang Sahih di Berita RTM', rangkaian ini memulakan siaran rasmi pelancaran formal secara penuh pada 25 Jun 2020 jam 7.45 malam (WPM) menerusi myFreeview saluran 123.Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD). Saluran Berita RTM bersiaran 24 jam sehari meliputi pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
 
Kandungan diperkasa melalui pengisian yang lebih komprehensif yang menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, berita niaga (lima hari) dan dua program majalah setiap minggu. Transformasi dinamik saluran baharu ini turut menawarkan pelbagai kelainan berbanding saluran TV lain kerana menyiarkan jajaran berita pelbagai bahasa bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang diikuti 7 malam hingga 9 malam.Majlis pelancaran Berita RTM dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah[4] sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".

本直播来自nettv.live
本直播来自nettv.live

Berita RTM
Berita RTM